Friday, March 22, 2013

PROGRAM HEAD START

                                                        PROGRAM HEAD START


          Program Head start ditubuhkan oleh presiden Lyndon Johnson di pejabat ekonomi pada Mei 1965. Selepas itu, pusat tersebut telah berpindah ke pejabat pembangunan kanak-kanak di jabatan kesihatan, pendidikan dan kebajikan.  Bermula pada musim panas tahun 1965, sebagai program selama lapan tahun minggu musim panas untuk kanak-kanak dari komuniti berpendapatan rendahEdward Zigler iaitu Profesor Psikologi dan pengarah pusat kajian kanak-kanak di Universiti Yale,  berkhidmat dalam jawatankuasa perancangan apabila Presiden Lydon Johnson  melancarkan program Head Start. Sejak tahun 1965-1977 sejumlah 17 juta kanak-kanak mengikuti program iniProgram  ini dilakukan oleh kerajaan  bagi membantu rakyat miskin dibandar dan dipinggir bandar. Jadi, kanak-kanak ini terbiar tidak mendapat pendidikan prasekolah berbanding kanak-kanak berada terutama di bandar-bandar. Dengan ini, Kerajaan dapat mengimbangi jurang itu.

No comments:

Post a Comment