Friday, March 22, 2013

TEORI-TEORI UTAMA

                                           TEORI PERKEMBANGAN ARNOLD GESSELL


      Arnold Gesell telah mengemukakan satu teori berupa teori kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Ini Bermaksud apabila sudah sampai masa perkembangan manusia itu pasti berlaku. Bagi beliau kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, pertumbuhan tisu  dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanak-kanak boleh diramalkan. Oleh kerana beliau mempercayai kematangan menjadi faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan kanak-kanak .

      Faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan.   Beliau menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan mempercayai kanak-kanak bebas untuk mendapatkan pendidikan. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangan sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu peringkat perkembangan . Personaliti, kadar pertumbuhan minat dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu. Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainan yang berlaku pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat.

     Beliau membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat seperti di bawah:


i.                 Peringkat Pertama ( 0 – 1 tahun )

Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan tangisan berlainan untuk membezakan tangisan lapar dan tangisan yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan , bayi melalui peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa apabila gembira  sementara di usia 8 bulan, perkembangan psikomotor bayi telah meningkat  di mana bayi boleh menggenggam objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi berusia 1 tahun pula telah boleh berdiri.

ii.                Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )

Kanak-kanak mulai berjalan berjalan , bercakap dan memahami makna “jangan”.  Pada akhir peringkat ini boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat.

iii.              Peringkat Ketiga ( 2 – 3 tahun )

Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap menggunakan ayat yang mudah.


iv.              Peringkat Keempat ( 3 – 4 tahun )

Kanak-kanak boleh  menunggang basikal roda tiga dan dapat menerima arahan mudah ibu bapa.

v.               Peringkat kelima ( 4 – 6 tahun )
Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat.Kanak-kanak sudah boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain.


TEORI PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST

         Robert J. Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1990 dan telah menerima ijazah Ph D dalam bidang kimia pada tahun 1924 daripada universiti Ohio. Beliau telah mengubah haluan kerjayanya kepada mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah menjadi guru.

         Beliau telah mengemukakan teori mengenai tugas perkembangan. Tugas ini bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu.  Ia adalah satu set kebolehan atau kemahiran      yang perlu dikuasai oleh individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran.

          Perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Mengikut teori ini, perkembangan personaliti dipengaruhi oleh nilai, norma dan budaya masayarakatnya. Kebudayaan masayarakat juga berkait rapat dengan keperluan mereka. Pendekatan memenuhi keperluan psikologi mungkin berbeza daripada satu budaya kepada satu budaya yang lain.

            Beliau tutur memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa dalam hidup individu tersebut. Kejayaan mencapai tugas ini akan membawa kegembiraan manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam tugas-tugas seterusnya. Selain itu, beliau mencadangkan bahawa perkembangan personaliti seseorang itu turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

                 Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja kepada 3 peringkat. Peringkat pertama adalah pada usia sejak lahir sehingga berumur 6 tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak sudah mula bertutur namun masih bersifat egosentrik iaitu bercakap  mengenai diri sendiri. ketika berusia 6 tahun, kanak-kanak sudah mampu bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah memiliki kemampuan untuk membezakan yang betul dan salah. Bagaimanapun, kanak-kanak pada peringkat ini, masih belum menguasai konsep pengekalan dan transformasi.

             Peringkat kedua ialah pada usia 6 hingga 12 tahun. pada usia ini, kanak-kanak sudah menguasai kemahiran termasuk kemampuan untuk bersosial dan bergaul dengan orang di sekeliling mereka. Mereka juga mula belajar untuk membentuk sikap mengakui hak keupayaan dan kelmahan individu.

              Peringkat yang ketiga pula ialah ketika kanak-kanak berusia 12 hingga 18 tahun. pada peringkat ini, perubahan fizikal adalah ketara setelah kanak-kanak akil baligh. Mereka akan mula memiliki kecenderunagn untuk meminati jantina yang berbeza. Mereka akan belajar bertingkah laku seperti orang dewasa ketika berada dalam kalangan orang dewasa. Pada usia ini, mereka mengingini tingkah laku dan kehidupan yang bertanggungjawab serta diterima masyarakat. Selain itu, kesedaran mereka terhadap perkara yang penting, baik dan betul juga menjadi mantap.


TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET


Teori Perkembangan Jean Piaget

Piaget ialah ahli psikologi perkembangan yang mengkaji tentang perkembangan kognitif. Beliau telah membahagikan empat peringkat perkembangan kognitif ia itu :

Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ).
Kanak-kanak berubah daripada organisma yang reflek kepada organisma yang berfikir menggunakan bahasa, membezakan objek-objek dengan diri dan membuat klasifikasi. Berupaya melakukan dan menyelaraskan maklumat yang diterima.

Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun )
Pembelajaran bahasa berlaku dengan pesat dapat menamakan benda-benda.
Kanak-kanak bersifat egosentrik.

Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )
Membentuk pemikiran logik tetapi terhad.Berupaya memahami konsep dan hipotesis yang mudah.

Peringkat Operasi Formal ( 11-15 tahun )
Mula berfikiran abstrak. Berupaya menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.



TEORI PERKEMBANGAN SIGMUND FREUD


Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

         Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

            Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

             Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.
Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.
Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;
  1. Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )
Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).
  1. Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )
Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.
  1. Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

  1. Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.
  2. Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.


TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERIKSON


    Erik Homburger Erikson dilahirkan di Frankurt, Jerman pada 15 juni 1902. Buku pertamanya adalah Childhood dan Society (1950) yang menjadi salah satu buku klasik dalam bidang psikologi. Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. 

   Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosinya. 

      Peringkat pertama ialah fasa kepercayaan lawan kecurigaan, iaitu pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya.










 

No comments:

Post a Comment